KENALI SAYA


Secebis Nukilan.. Happy Reading!!!

5 tahun saya membina empayar  biz bersama SMART TYCOON.. masa yg agak panjang..kerana sebelum ini belum pernah saya menceburi bidang ini walau menjual lipstick sebatang pun, soalan yg banyak datang kepada saya bagaimana boleh sampai ketahap ini ( dari cikgu sek, kawan2 sek, Polly, pensyarah?.. Ada ke masa saya untuk berbiz sedangkan saya sedang pulun buat PHD, tak rasa jatuh ke kredibiliti pensyarah buat biz networking??

 

Jawapan saya kpd soalan2 yg bermain dlm minda anda..


Kerjaya, Keluarga dan Biznes adalah yg pertama saya hanya perlu arrange @ aturkan dengan baik, yang pastinya saya NAKKAN kesemuanya TERBAIK!! Sebelum saya bercampur dengan golongan ini, saya adalah pensyarah biasa yang pegi kerja- balik kerja, stiap hujung bulan tunggu gaji masuk, kalau nak rasa extra kena pandai2 cari consultancies luar @ part time if ada mana program itu pun kadang kena berebut @ ikut turnla kena sama2 tak leh TAMAK, bolehla gaji cukup2 makan. Yela dulu lepas graduate terus kawin tak sempat nak menyimpan, lepas kawin dah bagi2 utk anak2 dan keperluan rumahtangga kerana sama2 memikul tanggungjawab lagipun saya bekerja apasalahnya. Terasa macam dah selesa tapi sebenarnya tak berapa selesa dengan income bulanan yg hanya cukup utk servive sampai hujung bulan..

Kenapa saya kata begitu, sbb nak simpan pun tak berapa nak banyak, kerja dah bertahun2, lagunya sama, sebab anak makin bertambah, harga barang semakin naik, kalau zaman sek saya dulu RM3000++ tu banyak rasanya tpi time sekarang ni digelar pendapatan golongan MISKIN BANDAR. Adoi tak leh tahan tengok statement tuh, penat belajar sampai MASTER tapi tak boleh gak bagi Makbapak RM1000 sebulan!!! Lepas ni tak pasti la lepas grade PHD nak ke PM (Prof Madya) pulak, itu senario biasa academician selain daripada imbuhan dan elaun yang banyak, suara kita pasti di dengar, kemana sahaja pasti dihormati dan apapun didahulukan ( belum ada pengalaman tetapi berdasarkan pemerhatian)


Pernah satu ketika (masa tu dalam perjalanan ke tempat kerja ) saya bertanya pada suami, “ ada tak rasanya TETIBA JE DUIT JATUH DARI MANA2-dapat hasil dari kelapa sawit kerr, dapat imbuhan mana2 kerr) –JAWAPANNYA MEMANGLA TAKDE sebab kami memang tidak diwarisi oleh kedua org tua kami –TANAH berekar2 , LADANG KELAPA SAWIT, EMPAYAR BIZ, RUMAH SEWA @ KEUNTUNGAN DRI INVESTMENT DLL. Nak buat Harta kenaLAH CARI SENDIRI.
Bertitik-tolak dari itu, saya nekad utk buat Biz yang bersesuaian secara part time semata-mata just nak tambahan RM1000 sebulan kerana Hubby memang tak nak buat apa part time pada ketika itu sbb dia SANGAT FOKUS on His CARRIER as a LECTURER. Duit extra tu saya plan nak buat SAVING ANAK2, DUIT INSURANS, BUKU2 EXTRA DAN simpanan saya. Sebab masa tu memang takde saving pun.. Yela org lain mana tau kita yang ngadap…



At the first time memangla kekok, sbb saya mana ada skill berniaga, nak bercakap nak ambik hati org, nak bagi confident pasal produk lagi, kerja mengajarkan, student bolehla ikut cakap kita, customer belum tentu!!
Alhamdulilah, mungkin sabab saya selalu MINTA TOLNG dgn ALLAH supaya tunjukkan jalan keluar, saya dipertemukan (Aturan ALLAH memang TERBAIK) dengan Mentor yang ikhlas CDM Norazlin Nordin membimbing saya dari Zero and until Now! masih dibawah bimbingannya meskipun saya telah mencapai satu tahap yang sepatutnya boleh independent dan memiliki rakan biz yang ramai dan sudah ada pun diantara mereka yg mencapai tahap tertinggi dan memiliki pendapatan mencecah RM27K sebulan serta ramai yg dah buat Full time meskipun saya selaku mentor mereka masih lagi buat part time. Ini kerana biz ada bebas terpulang kepada sesiapa pun nak buat part time @ full time. Bukan income saya tak memadai utk buat full time, tapi saya nak buktikan yang Networking Biz ni boleh buat part time if  kita pandai Manage (Time, Biz Patner, carrier dll).


Sedikit demi sedikit menimba ilmu, dibimbing, kadang2 ada cabaran (pasti ada even dalam rumahtangga , carrier ), income pertama, agak mengejutkan, saya menunjukkan CEK yg diterima kpd Hubby sbb tak pernah dapat macam tu sebelum ni, Hubby Nampak terbuka mata, tapi belum terbuka hati (biasala org lelaki kann), saya bagitau dia inilah saving pertama saya sejak saya bekerja (dah 4 tahun), pastu saya kata “emm abang ada kerrr?? He he” Saya taula, suami lagi banyak bekorban, pada diorang biarlah tak menyimpan asal anak bini ckup semuanya (Sayang abang!!). Masa tu takpela janji dia IZINKAN..(lagipun modal tak pakai duit dia he he) Yela  yg nak BUAT SIMPANAN SAYA!, Yang NAK BANYAK DUIT SAYA!, Yang NAK SHOPPING TAK YAH MINTAK2 DUIT SUAMI TU SAYA! (Saya memang tak suka mintak2 duit suami ) Yang NAK BAGI ANAK EXTRA BELANJA SAYA! SO TAK KAN NAK SIMPAN BANYAK DUIT PUN NAK TANYA SUAMI, MESTILAH DIA SUKAKANN!!) Sbb ringankan tanggungan dia.. biasala tu semua suami suka isterinya pandai manage kewangan dan pandai cari duit tapi mesti pandai jaga diri dan rumahtangga jugak!! 



Akhirnya suami akur kerana tak boleh tahan tengok every month saya dapat cek 4-5 angka, dan perkara pertama saya buat adalah bawak dia melacung buat ZIARAH UMRAH sebagai hadiah dan ganjaran bagi saya buat biz dan itulah kali pertama kaki saya melangkah keluar Negara dan naik kapal terbang. Semua itu atas IZIN ALLAH sbb sewaktu fight utk mendapatkan Free Trip pelancungan bermula saya selalu minta pada ALLAH sekiranya biz yg saya buat ni dapat menjadikan saya dan suami sebagai TETAMUNYA, maka PERMUDAHKANLAH, dan ATURANNYA YG TERBAIK, saya mendapat 1 Tiket Percuma, dan bonus yang saya perolehi saya buat tambang suami dan perbelanjaan di sana totally RM 12K, alhamdulilah tak pakai duit gaji pensyarah sesen pun ( memang takde simpanan pun secepat itu nak pergi UMRAH)


Akhirnya biz yang saya buat saja2  di bawah naungan SMART TYCONN pada awalnya menjadi SERIUS, rupanya dalam dunia perniagaan tak boleh buat sambil lewa if nak betul2 BUAT DUIT BANYAK. Tambahan lagi saya sudah mempunyai rangkaian Biz Patner yg semakin hari semakin ramai, jadi terasa memikul tanggungjawab periuk nasi org pula. Kerana saya yg bertangungjawab mengajak mereka berbiz dan sebagai biz patner saya kena berikan yang terbaik selebihnya komitmen dri diri mereka sendiri samada nak buat saja2 atau serius. Saya pun spt mereka juga ketika bermula tidak punya pengalaman, tiada duit simpanan utk bermodal, suami tak berapa support pd mulanya, takde banyak masa kononnya, tak reti bercakap dll utk bagi alasan supaya tidak serius sangat, maklumlaH PENCURI IMPIAN LAGI BESAR DARI IMPIAN YG ADA.



Meskipun sudah sampai tahap tertinggi CROWN DIOMAND MANAGER, Bukannya mudah utk MENGURUS MANUSIA, yela masing 2 ada matlamat, prinsip dan perangai yg berbeza yang telah lama diprogramkan sejak kecil lagi, maka dengan itu KESABARAN SANGAT PENTING dalam menjaga setiap hati dan perasaan  mereka saya tangani sedaya mungkin. Kadang-kadang kena akur kelemahan diri, banyak yang perlu dipelajari dan sehingga kini saya masih belajar dan terus belajar maklumlah saya ni org engineering bukan sastera so agak agresif sikit jadi kena belajar ilmu soft skill mengurus org.
Ramai yang tak suka kepada Networking biz (ada yang kata  belajar tak tinggi pun boleh buat, ini kerja part time utk suri, kerja takde pendapatan tetap, biz yang low level) ini mungkin kerana ramai yang salah faham @ tak faham, tetapi bagi saya if boleh bagi kita KAYA dan BERJAYA apa salahnya?? Ada pula yang berkata sekejap jer tu.. lepas tu buat lain pulak.. aduhai anak bangsa sendiri..



Continue…Tempoh 5 tahun bergelumang dlm Biz banyak mengajar saya menempuhi hidup sebenar, rezeki yang dapat bukanlah hanya utk penuhkan isi perut keluarga, terlepas pandang pada org lain yang lebih memerlukan, satu pengajaran buat saya dan suami yela selama ni kita sibuk nak penuhkan saving utk keluarga kita sahaja, rezeki itu juga perlu di kongsikan, didermakan, di Infak kan bagi yg memerlukan agar mendapat rezeki berpanjangan (MAGNET REZEKI LEBIH KUAT )dan  utk elak kebocoran duit, yang paling penting!!


Baru terperasan buat duit banyak . keluar pun banyak (kereta buat hal lah, adik beradik nak pakai duit, kena samanla, buat investment sana sni tpi tak return banyak dll) terlintas dalam hati kenapa ye??
Nak dijadikan cerita satu hari Mentor kesayangan saya  offer utk pergi ke satu Seminar “Hidup Luar Biasa” , “Rahsia Kuasa Minda dan “Insentif Mentor kejayaan & kekayaan” oleh pakar Motivasi no 1 Malaysia Dr Azizan Osman, saya rasa itulah kali pertama saya ikut motivasi dunia luar dari kerjaya saya sebagai pensyarah yela sbb sebelum ni banyak ikut yang university buat mestilah tak sama!!dan saya mula faham bagaimana kuatnya pengaruh kuasa minda yg kita ada dalam hidup... RUPA2NYA.. BILA BERILMU..BARU SAYA FAHAM..APA YG JADI PD SAYA DAH ADA DLM FIKIRAN SAYA LONG TIME AGO.. THATS WHY ADA AYAT KATA.. YOU ARE WHAT U THINK!!! BAGAIMANA NAK JADI MAGNET REZEKI??


Rentetan dpd itu, mentor kesayangan saya mengajak utk pergi advance seminar ( pakej platinum )yg berharga RM20K++ yang di kendalikan oleh T.Harv Eker sifu kepada dr Azizan. Aduhai MURAHNYERRR!!! (dalam hati if org kaya celah gigi jer 20K tu) tambahan pulak buat kat SINGAPORE!!. Banyak tu, dan yg mendaftar ke seminar tu rata2 YG SUDAH WELL BIZNES, takde pulak yg keja Gomen, apa adahal if pergi jadi lebih kaya!! Antaranya Manager2, CEO2 dan org kaya2la yang pergi. So saya kata dengan dia biarlah mentor je yg pergi nanti balik share dengan anak buah buat seminar sendiri so semua rakan kongsi dapat ilmu yang sama.
Oleh kerana KOMITMEN SANGAT TINGGI KEPADA ANAK BUAH, mentor 2 saya pergi lagi berguru dan menuntut dengan MOTIVATOR2 Hebat di Luar sana antarany ..Dr. Kasmah Misran..dan Dr Azhar sarip (persijilan antara bangsa -NLP..bercakap dengan urat saraf dan Teknik  DADA/Dia yg awal Dia yg akhir), Dr. Mohd Jantan-ESQ, Prof. Hj Hanim dan Dr. Fadhilah kamsah.


Dipendekkan cerita, setelah mendapat persijilan Master Trainers, tertubuhla ST Richmind utk buat consultancies seminar motivasi especially utk biz patner dikendalikan oleh Mentor Smart Tycoon yang telah mendapat Qualifier selain dari memberi seminar2 di sek2 dan jab2 kerajaan  menjadi salah satu cabang dari biz yang sedia ada. Buat consultant2 di bawah Smart Tycoon, seminar diberikan secara PERCUMA!! If nak ambik kos ni di luar mencecah ribuan ringgit pasti ramai yg tak mampu nak pergi especially org gomen spt saya. 


Antara isi kandungan seminar yang boleh dikongsikan disini ;

  1. Bagaimana menggunakan kuasa minda menarik apa saja yg kita hendak!! suami yg penyanyang?? anak2 yg dengar cakap? anak2 yg melawan dan merempit berubah? anak2 yg ada masalah dlm akademik? masalah duit kering?..dan lain2..biz tak maju?...semua orang ada potensi diri luarbiasa..jom explore..dgn izinNYA

  2. bagaimana membesarkan poket minda menarik kekayaan dan kejayaan dtg cepat kepada kita..

  3. Bagaimana cara berdoa yg tepat dan pada masa yg tepat..supaya apa yg kita mintak cepat dtg berlari mengejar kita..contoh org islam digalakkan bangun dan berdoa disepertiga malam..kata dr muhd jantan "atikah Allah tunggu u mintak.. hijab terbuka ketika sepertiga malam..submittlah apa sahaja ALLAH akan terima...YAllah indahnya mendapat layanan istimewa dr NYA apabila doa kita cepat dimakbulakn...jom belajar caranya!!!

  4. Kenal pasti getaran halangan yg selama ni anda hadap... buat apapun tak jadi..pangkat tak naik2!! income banyak simpanan tak dak!! anda kebocoran wang!!! belajar ada cara dan ilmu supaya duit mellekat pada kita..



Saya pengguna tegar ILMU KUASA MINDA ni, banyak pencapaian yg diperolehi, banyak perkara dipermudahkan, especially dikongsikan kepada anak2, siapa yang mengamalkannya pasti rumah tangga bertambah bahagia, jarang bergaduh suami isteri lebih2 lagi pasal duit, cinta semakin mekar, kasih antara pasangan dan anak-anak semakin berpanjangan, Low of Attraction antara keajaiban penangan ilmu ini, Alhamdulillah, Terima Kasih Allah.. dan jika org tanya bagaimana saya boleh manage PHD saya very well dan dalam masa yg sama buat Biz , inilah antara yang saya amalkan selain perlu ada tekad dan kesungguhan!!

RUPANYA ORG lain ..BANGSA lain..Yg BERAGAMA lain dah lama master the knowledge...jom dah sampai masa kita pulakk...KATA DR MUHD JANTAN..IT WILL NEVER BE TO LATE FOR US... EVERYDAY IS A NEW DAY FOR US!!!

 

Sekian nukilan ikhlas dari saya..

 



Berkongsi kejayaan bersama produk penyelidikan


Assalamualaikum..
Alhamdulilah, terima kasih ALLAH akhirnya hasil penyelidikan membuahkan hasil, dan selepas ini dalam proses pengkormesialan . Dah kalau dalam kepala ni biznes projek penyelidikan pulun ke arah yang sama he he... Projek ini adalah membina satu instrument untuk multiphase flow dimana boleh memaparkan kandungan bahan yang bercampur di dalam saliran (Air, udara dan minyak). Satu-satunya instrumen menggunakan pengesan kapasitor yang boleh memaparkan bahan bercampur dalam paip di Malaysia dan Flowmeter yang mudah alih di dunia kerana ianya boleh dipasang dan dibukak mengikut keperluan mengikut diameter paip yang berbeza. Research Contribution adalah untuk industri kelapa sawit dimana menangani masalah minyak kelapa sawit yang bercampur dengan bahan tercemar Alhamdulilah telah memenangi beberapa pertandingan di bawah;
 
1. Inatex UTM, 2010 (Peringkat Universiti) :- 
a. Gold Medal
b. The Best Invention Award


2. MTE (Malaysia Technology Expo), KLCC, 2011 (Peringkat kebangsaan) :- 
a. Two Gold Medal (kategori produk Education dan Industri)
b. The Best Of The Best Award















Akhir sekali, terima kasih yang tak terhingga kepada Penyelia projek, Dean of Research Managment Center UTM, Prof Ruzairi Abd Rahim dan rakan-rakan research group PROTOM semoga segala usaha serta aktiviti penyelidikan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar  dan doakan kembali bertugas di UTHM 2012...





BERKONGSI CERITA...


 Assalamualaikum..

Alhamdulilah akhirnya dapat juga ruang untuk saya menulis, maklumlah sekarang ni tengah sibuk menyiapkan projek penyelidikan PHD due datenya hujung tahun ni, mudah-mudahan ALLAH izinkan saya habis tepat pada waktunya, saya bagitau diri saya apa jadi sekalipun saya kena habiskan on time, sbb banyak matlamat yang harus saya capai selepas ini. Bagaimanapun syukur pada bulan Mac aritu walaupun sibuk bergelumang dengan kerja-kerja research akhirnya saya dapat menghantar Ibu dan Ayah saya untuk mengerjakan umrah, TERIMA KASIH ALLAH! 


Alhamdulilah, rupanya diorang sangat gembira sebab tidak menyangka dapat pergi ke sana sekali lagi kerana sebelum ni diorang sudahpun mengerjakan haji. Jika saya tidak start berniaga 2-3 tahun dulu masakan saya mampu untuk menghantar ayah dan bonda saya ke sana dengan pakej almost RM6000 seorang. Saya pergi ke umrah pada tahun 2007, waktu itu saya baru berjinak-jinak dlm dunia perniagaan, pada ketika itu saya pasangkan niat untuk ke umrah dengan menggunakan hasil wang perniagaan, tapi rupa-rupanya hasil kerja kuat saya yang mula2nya ingin mengumpul wang untuk buat umrah, saya mendapat tiket percuma bersama wang saku (bonus) dri pihak syarikat, alhamdulilah dengan Izin ALLAH saya terbang bersama suami ke MAKAH dan itu merupakan langkah pertama saya ke luar negara, siapa sangka? kalau harap gaji yang saya terima sebagai pensyarah yang baru berkhidmat 3-5 tahun manala nak kumpul sebayak itu apatah lagi saya kena menyediakan tiket buat suami, jika 2org dah jadi 10ribu tak termasuk perbelanjaan di sana. TERIMA KASIH ALLAH kerana perbelanjaan di sana hampir 10ribu termasuk tiket suami dan belanja shoping disana semuanya pakai duit bonus tidak sedikitpun pakai simpanan kami, selamat he he.

Sempat saya bersembang-sembang dengan ayah saya sekembalinya dari umrah, dia mengatakan yang dia nak pergi sekali lagi, banyak kali disebut pada saya dan sambil itu berkali-kali berterima kasih dengan saya kerana dah menambangkan dia ke sana. Aduh terharunya saya, rupa-rupanya selama ini ayah dan ibu kita sebenarnya mengharapkan agar suatu hari nanti anak-anaknya dapat menghantar mereka ke MEKKAH samada mengerjakan UMRAH atau HAJI, tapi yela tak terkeluar dari mulut mereka sebab tak mahu menyusahkan anak-anakya.

Kalau dibandingkan dengan apa yang mereka curahkan kepada kita dari kecil sehingga kita hari ini tak habis-habis ada saja yang diorang nak bagi pada kita  dengan apa yang kita beri pulak pada diorang aduhai.. rasanya tak terganti..nak bagi SEBULAN SORANG SERIBU pun belum boleh, manataknya dgn duit gajila kita nak bayar kereta, rumah, anak tusyen, insuran n simpanan, hutang dll lagi tak cukup2 dikumpul-kumpul setiap tahun walaupun NAIK GAJI BANYAK2 KALI. 

So saya TAKDE PILIHAN, apapun saya kena buat kerja lain selain tunggu gaji yang setiap bulan yang sama jumlahnya. kerja apa lagi yang saya boleh buat selain berniaga. BIZNES yg saya buat selama lebih 4 tahun hari ini telah menjadi satu BIZNES YG BEKERJA UTK SAYA. Jadi selepas itu barulah saya boleh buat PASSIV INCOME yang mana akhirnya barulah saya dapat MEMBUAT PILIHAN...


Terima kasih kepada mentor-mentor yang telah bersama saya selama ini, saya akan terus berada dalam dunia biznes ini kerana saya sentiasa mendapat 100%-200% sokongan dan bimbingan dari kalian semua berbanding jika saya bukak perniagaan konvensional sorang-sorang, jika ada probelm kena sttle sendiri takde org yang akan tolong bangunkan balik sbb takde org yang akan tolong bangunkan bisnes anda..

Akhir kata

  • I Live with purpose and passion
  • I appreciate everything I have
  • I enjoy contributing and being of service
  • I give generously from my heart
  • I get rich helping others
  • I share my gifts and talents
 

KENALI SAYA

Assalamualaikum...


Selamat datang dan sekalung penghargaan diatas kesudian saudara & saudari meluangkan masa melayari  laman blog saya. Nama saya Elmy Johana Bt Mohamad, berusia 35 tahun, berasal dari Parit Raja, Batu Pahat Johor, menetap di Pari Raja, merupakan pensyarah di UTHM, dan kini  saya sedang menuntut di UTM skudai dalam bidang Kedoktoran Kej Elektrik yang akan tamat pada 1 September 2012, insyaallah. Dalam masa yang sama berkecimpung dalam bidang bisnes hampir mencecah 5 tahun, memiliki Pusat Latihan dan Bimbingan Usahawan, Kosultan Motivasi dan Perundingan ST Richmind, di Beautiful Aura Network, Taman Universiti Parit Raja, disamping  membina rangkaian rakan kongsi 1 M'sia. 

Pastinya rakan-rakan diluar sana terfikir bagaimana saya menjalankan bisnes sedangkan saya sedang bergelumang  untuk menyiapkan penyelidikan saya. Jawapan mudah saja, "Power Your Mind and Design Your Destiny!!, wether you like it or not you don't have a choise" . Hidup dalam era  2000 ni kita kena MOVE ON!! BESARKAN POKET MINDA ANDA !!jika tidak kita akan jauh ketinggalan. Bukan tidak bersyukur dengan apa yang ada, tetapi tidak salah jika kita bekerja lebih dan bersusaha untuk meningkatkan lifestyle. Perlu kita ingat apa yang kita ada sekarang sekadar cukup makan kita sekeluarga, itu namanya kita pentingkan diri sendiri. Pernah satu ketika saya ditanya mengapa nak buat bisnes sedangkan pencapaian yang sedia ada lebih dpd mencukupi, lalu saya menjawap, jika kita fikir rezeki yang kita dapat sudah cukup untuk sekeluarga anda silap,kerana diluar sana masih ramai lagi yang memerlukan bantuan kita jika kita tidak mempunyai wang yang banyak sukar untuk kita nak membuat kerja-kerja amal/ kebajikan, membentuk satu komuniti untuk meningkatkan ekonomi anak bangsa kita sendiri khususnya org Islam.


Akhir sekali dalam membina perhubungan suka saya kongsikan disini beberapa ayat di bawah;
  • Add Value to other people life
  • The more u gives the more u get
  • Make positive and supportive relationship
  • Connect deeply with the people u love
Ikhlas
Dr. E.Johana Mohamad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...